- Syeikh Hassan bersama keluarga selepas majlis penyampaian anugerah.
ALOR SETAR - Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kedah yang pernah berkhidmat selama 16 tahun dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) dipilih menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Kedah pada tahun ini.
Syeikh Hassan Ariffin, 72, berkata, kesedaran dan minat mendalam terhadap ilmu agama datang dari diri sendiri bermula sejak dari kecil lagi.
“Saya mula mengaji al-Quran ketika masih kanak-kanak sebelum melanjutkan pengajian di Pondok Padang Lalang dan Madrasah As Saadah, Tanjung Bedil, Kedah. Kemudian menyambung pelajaran ke Madrasah Khairiah Islamiyah, Pokok Sena, Seberang Perai, Pulau Pinang.
“Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah dan kembali ke tanah air menjadi guru di Madrasah Khairiah, Pokok Sena serta Sekolah Menengah Agama Nahdah Hasanah, Melele, Kodiang,” katanya selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah, peringkat Kedah, di Dewan Seri Negeri, di sini, semalam.
Hassan yang juga bekas Kadi Pendang dan Kubang Pasu selama 13 tahun berkata, ilmu adalah harta paling penting dan perlu disemai sejak dari kecil.
“Ibu bapa perlu menitikberatkan soal agama, fardu ain, solat dan sentiasa memberi galakan serta semangat kepada anak-anak.
“Jika boleh setiap hari luangkan masa hantar serta ambil anak dari sekolah,” katanya.
Beliau yang mempunyai lima orang cahaya mata iaitu dua menjadi guru, seorang doktor, seorang jurutera Petronas serta seorang lagi masih melanjutkan pelajaran sarjana di Universiti Malaya masih menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar.
“Saya masih menjadi penceramah, memberi kuliah, menjadi guru takmir di masjid dan surau sekitar Kubang Pasu kerana mahu menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai. Di samping menjadi hakim menguruskan pelbagai kes rayuan melibatkan harta sepencarian, penceraian, jenayah syariah,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: