Thursday, October 30, 2014

Zhang Jian akhirnya diberkas

ZHANG JIAN (tengah) bersama Wenfang (kanan) dan Lianbao (kiri) ditahan pihak polis Thailand Isnin lalu selepas didapati turut menjalankan skim cepat kaya haram di negara berkenaan.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China yang diburu pihak berkuasa dari tiga buah negara iaitu China, Malaysia dan Thailand kerana menjadi dalang penipuan skim cepat kaya mencecah RM1 bilion akhirnya tersungkur apabila diberkas oleh polis Negara Gajah Putih itu Isnin lalu.
Lelaki tersebut, Song Miqui, 37, yang lebih dikenali dengan nama Zhang Jian di negara ini ditahan polis Thailand bersama rakan subahatnya, Wang Wenfang, 29, di sebuah kondominium di daerah Pathumwan, Bangkok, manakala seorang lagi suspek, Geng Lianbao, 29, diberkas di kediamannya di daerah Muang dekat Phuket.
Menurut portal berita Thailand, The Nation, turut ditemui ketika Zhang Jian dan Wenfang ditahan ialah mata wang pelbagai negara berjumlah kira-kira RM100,696.
“Selain itu, lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM224,553), surat hak milik tanah, wang 1.5 juta baht (RM151,044) dalam akaun milik Wenfang dan kad pengenalan Thailand suspek turut dirampas pihak berkuasa.
“Polis juga merampas wang tunai 5 juta baht (RM503,481) dalam pelbagai mata wang, sembilan surat hak milik tanah bernilai 200 juta baht (RM20.1 juta), perhiasan emas bernilai 2.2 juta baht (RM221,532), tiga buah kereta serta kad pengenalan Thailand milik Lianbao,” menurut portal berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: