- Norazlinda Jani menunjukkan surat Pajabat Agama Islam Daerah Muar yang memintanya mencari wali melalui media.
MUAR - Seorang pekerja butik mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pada pernikahannya yang dijadualkan berlangsung 26 Disember ini.
Norazlinda Jani, 26, dan tunangnya, Mohd Hafoz Ismail, 22, memerlukan kehadiran bapanya, Jani Panot, 53, sebagai wali pada pernikahannya nanti.
“Saya tidak mempunyai maklumat tepat bapa yang menghilangkan diri sejak 2008. Pelbagai usaha sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak berjaya.
“Ayah adalah seorang pemandu lori dan sebelum itu jarang pulang ke rumah kerana tuntutan kerja,” katanya.
Katanya, ibunya, Bedah Md Don, 60, ada membuat laporan polis apabila bapa keluar bekerja tetapi tidak pulang ke rumah pada 2008.
“Saya bersama saudara mara pernah mencari bapa di kampung halamannya di Bekoh tetapi menemui jalan buntu.
“Selain memerlukan ayah sebagai wali nikah, saya juga mahu kehadirannya pada hari bersejarah dalam hidup saya,” katanya.
Norazlinda berkata, dia mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jani boleh membantunya dengan menghubunginya di talian 011-23669681.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: