- Jalina menjadi mekanik wanita yang dikagumi penduduk setempat kerana kebolehannya membaiki motosikal.
BACHOK - Lazimnya kita melihat kerjaya mekanik didominasi oleh kaum lelaki tidak kira sama ada kecil-kecilan dengan membaiki basikal di kampung atau mekanik motosikal dan kereta.
Di Kampung Sungai, ibu sembilan anak, Jalina Mat Daud, 49, memiliki kemahiran mengendalikan kerosakan motosikal daripada suaminya, Ismail Daud, 56, sejak 31 tahun lalu.
Jalina atau lebih dikenali sebagai Kak Na berkata, dengan menyewa di sebuah bengkel kecil, dia mencari rezeki dan memberikan ilmu kemahiran yang sama kepada anak-anaknya.
Daripada sembilan anak, empat anak lelakinya mempunyai kemahiran sebagai mekanik termasuk seorang anak perempuannya, Noraliza, 27.
"Sejak dari dulu saya suka tengok suami buat kerja baiki motor. Dari situ saya belajar sikit-sikit dan boleh buat pembaikian luaran motosikal.
"Anak-anak lelaki pun semuanya tahu baiki motosikal. Anak kedua, Maizan, 30, dapat pendidikan formal di politeknik dan kini jadi mekanik kereta di Sungai Pas, Kuala Krai.
"Anak sulung saya, Mazlan, juga tahu kemahiran ini kini bekerja sebagai juruteknik komputer," katanya.
Berbeza dengan mekanik biasa yang berseluar jeans lusuh, Jalina tidak kekok membaiki motosikal dengan blaus dan berkain batik, rutin pakaian sebagai seorang suri rumah.
Disebabkan keunikannya itu, bengkel kecil Jalina yang terletak berdekatan jambatan Pengkalan Baru sering menjadi tumpuan ramai walaupun kini jambatan itu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: