Wednesday, October 29, 2014

Kenali Perak untuk menangi RM150,000



NOLEE ASHILIN (kiri) bersama Baharom menunjukkan poster promosi Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 anjuran bersama kerajaan negeri Perak dan Kosmo! pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH – Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 anjuran bersama kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan dan akhbar Kosmo! dijangka mampu mempromosikan lokasi-lokasi istimewa pelancongan di Perak sekali gus meran­cakkan industri berkenaan dalam kalangan pelancong domestik.
Peraduan yang dijangka me­nemui pembaca Kosmo! dalam masa terdekat itu akan menawarkan ha­diah keseluruhan bernilai RM150,000 bermula bulan November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, peraduan berkenaan bertujuan untuk menarik minat orang ramai bagi mengenali dengan lebih dekat destinasi menarik di Perak.
“Saya berterima kasih kepada akhbar Kosmo! kerana memberi peluang ini kepada Perak dan berharap peraduan seumpa-ma itu mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Perak.
“Pada masa sama, kita turut berharap peraduan ini akan meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai khususnya pembaca Kosmo! dalam mengenali Perak secara lebih dekat,” kata­nya pada sidang akhbar mengenai Peraduan Destinasi Menarik Perak 2014 di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: