KECOH seketika dunia seni apabila media Indonesia melaporkan mengenai pelakon kacak Indonesia Baim Wong telah membawa Elfira Loy menemaninya ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta baru-baru ini.
Bahkan Elfira sempat memuat naik gambar mereka di Instagram miliknya yang sedang bersiar-siar bersama Baim di kota tersebut.
Menariknya, gambar itu menjadi perhatian peminat mereka yang tampak gembira dengan hubungan kedua-dua pelakon berbakat ini. Walaupun Elfira menjelaskan mereka hanya berkawan baik setelah empat tahun berkenalan, namun ramai yang mendoakan keduanya bersatu ke jinjang pelamin.
Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan hubungan mereka, kerana umur Elfira masih muda dan disifatkan terlalu kebudakan.
Apa pun, kalau dah jodoh, mereka pastinya mengikut jejak Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang kini bahagia dengan alam rumahtangga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: