- Kakitangan Perhilitan Kemaman memeriksa kaki dan badan tapir yang dijumpai mati dipercayai dilanggar di Kilometer 10 Jalan Mak Lagam-Cheneh, kelmarin.
CHUKAI - Orang ramai yang melalui Kilometer 10 Jalan Mak Lagam-Cheneh, dekat sini, terkejut melihat seekor tapir jantan dewasa seberat kira-kira 300 kilogram mati dipercayai dilanggar kenderaan berat ketika sedang melintas jalan, pagi kelmarin.
Haiwan liar yang dilindungi dan jarang dapat dilihat itu disyaki dilanggar kira-kira jam 2 pagi sebelum orang ramai menemui bangkai haiwan itu tersadai di tepi jalan.
Mohd Rizal Amri, 39, dari Cheneh berkata, dia segera memberhentikan keretanya selepas melihat bangkai tapir itu di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar Chukai, kira-kira jam 7.30 pagi.
“Sedih lepas lihat haiwan liar yang unik ini mati begini, sedangkan sudah ada papan tanda amaran hidupan liar melintas diletakkan di kawasan ini.
"Sepatutnya pengguna jalan raya tidak memandu laju di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Yusoff Shariff meminta orang ramai yang melalui Jalan Mak Lagam ke Cheneh agar lebih berwaspada kerana kawasan itu menjadi tempat haiwan liar melintas jalan terutama tapir.
Menurutnya, tapir terbabit dipercayai keluar dari hutan berdekatan yang menjadi habitatnya.
Beliau berkata, tapir merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Seksyen 69 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) yang jika sabit kesalahan mana-mana individu yang dengan sengaja membunuh haiwan itu boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.
“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan tidak membunuh haiwan tersebut dan sekiranya ternampak haiwan itu berkeliaran di mana-mana, kita minta laporkan segera kepada Perhilitan berdekatan untuk diambil tindakan,” katanya.
Beliau juga berharap, pengguna jalan raya peka kerana terdapat papan tanda peringatan haiwan liar melintas di kawasan itu.
“Saya minta orang ramai prihatin dan patuhi peraturan dan undang-undang kerana keprihatinan semua dapat mengelakkan haiwan dilindungi ini pupus," katanya.
Bangkai tapir berkenaan dilupuskan kakitangan Perhilitan Kemaman dengan cara menimbus bangkai tersebut di kawasan lapang tidak jauh dari lokasi kejadian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: