- Siti Shahrizah Saifuddin
JIKA artis lain lebih selesa menggunakan laman sosial sebagai penghubung dengan masyarakat, berbeza pula buat dramatis terkenal, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih mesra disapa Eja.
Mengakui dirinya sedikit perahsia, Eja selesa dirinya 'bebas' dari laman sosial sejak terlibat dalam industri hiburan 18 tahun lalu.
Bagaimanapun atas dasar ingin berkongsi dan pada masa sama mempromosikan produk miliknya, Eja mengambil keputusan mengaktifkan akaun Instagram.
"Pada mulanya saya memang tidak mengambil tahu perkara yang berkaitan dengan laman sosial. Tapi sejak dua tahun lalu, saya mula mengaktifkan Instagram dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan peminat.
"Namun tidak lama. Saya bertindak untuk mengehadkan akaun itu daripada umum mungkin sebab saya memang perahsia orangnya,” jelasnya.
Berkongsi cerita kehidupannya, isteri kepada Mohd Silahuddin Jamaluddin ini sedang berbahagia menjalani fasa hidupnya apatah lagi puteri bongsu mereka, Nur Eishal kini semakin membesar.
“Inilah kehidupan saya sekarang. Sepenuh perhatian saya berikan kepada anak kami yang kini sedang membesar.
“Tidak ada apa yang bernilai selain keluarga yang kami bina.
“Saya senang hati menjalani kehidupan yang sederhana dan ia benar-benar memberi makna dalam hidup saya,” katanya tersenyum manis.
Lebih tenang, Eja mahu terus istiqamah
Sentiasa memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik, pelakon cantik manis ini bersyukur kerana pintu hati diketuk tepat pada masanya.
“Alhamdulillah, ketika di usia matang seperti ini Tuhan menurunkan hidayah kepada saya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.
“Sejak berhijrah sehingga hari ini saya masih menggelar diri sebagai seorang pelajar yang mencari keredaan dan ilmu agama untuk dimanfaatkan.
“Perubahan yang saya alami hari ini sangat besar jika dibandingkan dengan sebelumnya.
“Bayangkanlah sebelum ini saya asyik merungut dan masa 24 jam tidak pernah cukup. Tapi kehidupan saya kini lebih tenang dan segala urusan menjadi lebih mudah,” ujarnya penuh teruja.
Berhasrat ingin terus istiqamah dalam menjalani kehidupan yang diredai, wanita berusia 42 tahun ini tidak jemu mengisi masanya dengan mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan.
“Setiap dua kali seminggu, saya akan mengikuti kelas agama di Nur ’Ala Nur Academy. Selain itu, kalau ada masa terluang, saya akan mengikut serta majlis ilmu yang melibatkan penceramah dari luar mahupun di dalam negara.
“Bila sudah belajar ilmu agama, sudah pasti perkara yang saya teringin lakukan adalah untuk menunaikan fardu Haji. Kalau ada rezeki, saya memang teringin ke sana,” katanya.
Karier bersyarat
Walaupun karier lakonan bukan lagi keutamaan, jauh dari sudut hati pelakon filem Janin ini tidak pernah terlintas untuk meninggalkan periuk nasinya.
Sebagai seorang yang memegang status isteri dan ibu, Eja akui perjalanan seninya tidak lagi berjalan seperti sebelumnya.
“Sudah pasti semuanya berbeza dan saya kembali ke dunia lakonan pun bersyarat.
“Dari segi watak pun sekarang saya lebih selektif. Malah penerbit dan pengarah pun faham dengan batas yang sepatutnya.
“Saya tidak akan berhenti, tapi saya tidak tahu apa akan jadi beberapa tahun akan datang yang mungkin akan menyebabkan saya lebih mengurangkan aktiviti ini,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia dan suami akan menghalang sekiranya puteri kesayangannya bakal mengikuti jejak langkahnya, Eja ternyata punya jawapan yang tersendiri.
“Saya tidak akan menghalang kalau dia mengikuti jejak saya. Dunia hiburan kini pun telah berubah dan tidak hanya fokus pada hiburan semata-mata.
“Sekarang ramai selebriti yang berdakwah dan kalau boleh saya mahu anak saya menjadi seperti itu. Itu tidak salah,” katanya.
Lebih berhati-hati
Terkesan dengan kejadian rompakan yang dialaminya baru-baru ini, Eja akui dia terkilan kerana kehilangan barang yang berharga.
“Sejujurnya saya memang terkejut dengan tindakan perompak itu tambahan pula ketika itu saya bersama anak tanpa suami.
“Lebih sedih, barang yang dirompak itu sangat berharga buat kami sekeluarga,” katanya yang kehilangan Ipad dan Iphone yang dipenuhi dengan foto mereka sekeluarga.
Reda dengan kejadian malang itu, Eja kini lebih berhati-hati.
“Tapi saya terima dengan reda dan menganggap musibah itu sebagai satu dugaan dari ALLAH untuk lebih mendekatkan diri dengannya-NYA.
“Kepada perompak itu, mungkin mereka akan terlepas di dunia, tapi jangan sangka akan terlepas dari hukuman di akhirat,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: