- Perhimpunan aman bagi memprotes kejatuhan mendadak harga getah diadakan berhampiran Stesen Bas Selama.
SELAMA – Seramai 1,000 penoreh getah dari daerah Selama berhimpun untuk meminta kerajaan segera mencari alternatif terbaik dalam mengatasi kejatuhan harga getah.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Larut, Nazri Din berkata, ketika ini harga getah jatuh mendadak hingga mencapai RM 1.40 sekilogram.
Menurutnya, keadaan itu membebankan penoreh ditambah pula berlaku kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.
“Jika keadaan berterusan, akan memberi tekanan kepada penoreh untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga,” katanya selepas menyertai himpunan aman berhampiran Stesen Bas Selama.
Turut serta, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Adun Changkat Jering, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan kepimpinan Pas Larut.
Nazri berkata, perhimpunan itu disertai beberapa NGO seperti Pertubuhan Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Larut, Sahabat Anak Muda Malaysia serta Pertubuhan Amal Islami.
Jelasnya, Pas Larut mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mengatasi kejatuhan harga getah semasa yang kini menurun secara mendadak.
“Harga getah hanya sekitar RM 1.80 hingga RM 2.30 sekilogram dan kadar itu sangat tidak munasabah terutamanya bagi penduduk kawasan Larut, Lenggong serta Gerik.
"Ini kerana, majoriti penduduk di kawasan itu adalah orang miskin yang bergantung pada pekerjaan sebagai penoreh,” katanya.
Nazri berkata, situasi itu menyebabkan penoreh tersepit dengan kenaikan harga barangan harian, perbelanjaan sekolah anak dan kos perubatan akibat penarikan subsidi.
Menurutnya, oleh itu, kerajaan diminta mewujudkan stok penimbal dan menetapkan harga lantai bagi getah supaya tidak terlalu rendah sehingga menekan penoreh.
“Lebih baik jika kerajaan dapat membuka tanah pertanian baharu untuk diserahkan kepada penduduk miskin supaya dapat diusahakan bagi menjana pendapatan,” katanya.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perhimpunan diadakan untuk mendapatkan perhatian Lembaga Getah Malaysia dalam mengatasi kejatuhan harga getah dunia.
Jelasnya, kerajaan perlu berusaha mencari pasaran baharu bagi mengatasi masalah lambakan getah di Malaysia.
"Penoreh tertekan dengan kejatuhan mendadak harga getah manakala kos sara hidup semakin meningkat.
“Perhimpunan ini adalah permulaan dan kami harap kerajaan ambil langkah proaktif menangani isu ini,” katanya.
Pengerusi Suara Orang Kampung, Sulaiman Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil alih pengurusan jual beli getah memandangkan pihak swasta mengaut keuntungan tinggi hingga menindas penoreh getah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: