Tuesday, October 28, 2014

U Mobile rancak pikat pelanggan


  • Dari kiri: Jasmine, William dan Duta jenama U Mobile, Dafi (berdiri) melihat telefon pintar model Oppo Joy dan Oppo Neo 5.Dari kiri: Jasmine, William dan Duta jenama U Mobile, Dafi (berdiri) melihat telefon pintar model Oppo Joy dan Oppo Neo 5.

Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menjalin kerjasama dengan Oppo Mobile Malaysia (Oppo Mobile) untuk menarik lebih ramai pelanggan bagi mencapai sasaran dua juta pelanggan menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Jasmine Lee berkata, menerusi kerjasama itu, pelanggan berpeluang melanggan pelan prabayar dan pasca bayar U Mobile daripada dua telefon pintar keluaran Oppo Mobile melibatkan Oppo Joy dan Oppo Neo 5.

“Kami optimis kempen dua juta pelanggan boleh dicapai menerusi kerjasama dengan Oppo Mobile ini. U Mobile dan Oppo Mobile masing-masing mempunyai sasaran pelanggan yang sama, fokus kepada golongan muda.

“Pada masa akan datang, U Mobile sedia bekerjasama dengan Oppo Mobile dan kami masih menanti model telefon pintar mereka untuk kerjasama seterusnya,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan pelan prabayar dan pasca bayar untuk telefon pintar Oppo Joy dan Oppo Neo 5, di Kuala Lumpur, semalam.

Jasmine berkata, bermula semalam,  pelanggan U Mobile boleh membeli Oppo Joy pada harga RM348 dan akan menerima baucer tambah nilai RM20 serta pek permulaan prabayar bernilai RM8.

“Dalam masa tiga bulan, pelanggan akan menerima 250 megabait (MB) data internet mudah alih percuma dengan setiap tambah nilai RM30 untuk empat bulan berikutnya semasa tempoh promosi.

“Selain itu, pelanggan boleh membuat pembelian Oppo Neo 5 pada harga RM598 dengan langganan percuma pelan U58 untuk tempoh enam bulan pertama. Langganan percuma pelan U58 termasuk 2 gigabait (GB) internet mudah alih berkelajuan tinggi dan 300 minit panggilan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Mobile, William Fang berkata, syarikat itu beroperasi sejak lapan bulan lalu di Malaysia  dan berharap kerjasama itu meningkatkan pertumbuhan syarikat.

“Ketika ini, kami ada 3,000 kedai yang menjual produk keluaran Oppo Mobile di Malaysia dan berharap lebih banyak lagi kedai yang mahu mengedarkan produk kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: