Tuesday, October 28, 2014

Nivea bina keyakinan penampilan


MEREKA yang hadir bersedia untuk melepaskan belon sebagai simbolik permulaan kempen.


PENAMPILAN merupakan elemen utama yang dititikberatkan individu dalam memberikan tanggapan pertama kepada orang lain terutama bagi golongan wanita.
Namun, segelintir menghadapi masalah dalam menonjolkan keyakinan diri kerana menghadapi isu normal seperti masalah ketiak. Tahap keyakinan yang rendah akan menjadi penghalang buat wanita dalam menggapai kejayaan yang sepatutnya.
Justeru, Nivea bergerak aktif dalam menyokong dan menggalakkan wanita menonjolkan kecantikan dalaman menerusi kempen Feel Smooth Feel Confident.
Lebih 1,000 wanita Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan budaya berkongsi kesamaan nilai personaliti dalam kempen tersebut.
Sebagai simbolik permulaan kempen, sebanyak 1,000 belon dilepaskan ke udara dengan setiap satu daripadanya dilekatkan dengan ucapan, idea, kepercayaan dan harapan oleh wanita Malaysia.
Pengurus Tempatan Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, kempen tersebut dilancarkan untuk memperkasa golongan wanita sebagai penyumbang pemantapan negara.
“Menerusi kempen ini, kami berharap dapat membantu golongan wanita agar berasa lebih yakin terhadap diri dan mampu bersuara serta berkongsi pandangan atau idea secara serius.
“Secara tidak langsung, mereka dapat bersama-sama menyumbang bakti dalam pembangunan negara,” katanya ketika majlis pelancaran Feel Smooth Feel Confident di Kelab Sukan Annexe Kiara Raja Selangor, Kuala Lumpur.
Bagi menjayakan kempen tersebut, Nivea turut memperkenalkan Nivea Whitening Happy Shave dengan perkongsian pengalaman Trio Happy Shave oleh tiga selebriti tanah air iaitu Anzalna Nasir, Sherry Ibrahim dan penulis blog, Doris Hor.
Tiga wanita ikon itu berkongsi kisah peribadi masing-masing tentang keyakinan yang di raih menerusi Nivea Whitening Happy Shave dalam kehidupan mereka yang sentiasa sibuk dan menjadi perhatian ramai.
Menurut Anzalna, memiliki garis-garis bawah lengan yang licin dan lembut adalah antara kunci utama kepada keyakinan diri.
“Saya telah menggunakan produk baharu ini hampir sebulan dan mendapati ia tidak meninggalkan sebarang kesan melekit serta menyebabkan kulit sentiasa dalam keadaan lembut.
“Nivea Whitening Happy Shave juga memberikan kesegaran berpanjangan, sekali gus membantu saya mengekalkan keyakinan diri dalam menjalani jadual lakonan yang padat dan pada masa sama, ia menjadi seorang ikon berketrampilan,” jelasnya ketika ditemui di majlis tersebut.

PRODUK Nivea Whitening Happy Shave kini boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya di negara ini.


Rakam gambar
Dalam pada itu, kempen tersebut juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran Nivea Feel Smooth Feel Confident dengan membeli salah satu produk deodoran Nivea bernilai RM15 ke atas.
Peserta perlu merakamkan gambar bersama aksi Feel Smooth Feel Confident dengan gaya tersendiri dan memuat naik ke laman Instagram berserta hashtag #NIVEAconfident serta menamakan tiga rakan.
Peserta berpeluang memena ngi hadiah mingguan berupa beg mini Nivea edisi terhad. Pemenang akan dipilih mengikut turutan muat naik terawal di Instagram.
Nivea Whitening Happy Shave boleh didapati dalam bentuk botol berbuli pada harga RM4.50 (25 mililiter), RM9.50 (50ml) dan RM14.90 untuk botol semburan. Nivea Happy Shave dijual di semua farmasi dan pasar raya utama seluruh negara.
Kempen ini merangkumi peraduan dalam kalangan pembeli dan penggu na bermula 1 September lalu dan ber akhir pada Jumaat ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.NIVEA.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/myNIVEA.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: