Sunday, October 26, 2014

Sentuh anjing hina Islam


PROGRAM ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ pada 19 Oktober lalu mencetuskan kontroversi kerana membenarkan masyarakat Islam memegang dan bermanja dengan haiwan tersebut tanpa sebab.


PROGRAM ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu telah mengundang kemarahan umat Islam kerana mereka berasa dihina dengan tindakan penganjur program tersebut.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) didakwa telah meluluskan program tersebut kera­na ketika menerima cadangan program itu, pihak penganjur hanya memaklumkan objektif program itu semata-mata untuk memberi pencerahan atau kefahaman tentang hukum berkaitan kedudukan anjing mengikut per­spektif Islam.
Namun, ketika berlangsung­nya program itu, didapati objektif yang dinyatakan dalam cadangan yang diterima MAIS berbeza kerana orang Islam yang berada pada program itu seolah-olah digalakkan memegang dan membelai anjing sedangkan mengikut Mazhab Syafie, orang Islam tidak boleh menyentuh haiwan tersebut kerana ia dianggap sebagai najis berat.
Program yang kali pertama dianjurkan itu disertai 1,400 peserta daripada pelbagai kaum dan ia berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 hingga 10 pagi dengan membenarkan pengunjung termasuk masyarakat Islam memegang dan bermanja dengan anjing tanpa sebab.
Jumaat lalu, akhbar melapor­kan Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan isu umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada Mazhab Syafie.

Kempen menghasut orang Islam pegang anjing diadakan di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya.


Pegangan mazhab
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, penganjuran kempen itu menimbulkan keresahan awam terutama dalam kalangan umat Islam kerana secara jelas menyanggah pegangan mazhab dan uruf (adat) di negara ini.
“Jakim telah membuat teguran kepada pihak penganjur yang me­ngadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka beragama Islam tanpa sebab munasabah,” katanya.
Othman berkata, walaupun Islam meletakkan kaedah apabila seseorang boleh menyucikan diri dengan menyamak apabila terkena najis mughallazah (berat), namun ia bukan alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis berkenaan secara sengaja.
Menurutnya, tindakan itu sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
“Justeru, tindakan penganjur dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baharu dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam,” ujarnya.
Katanya, Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai makhluk Allah, malah penyeksaan serta memukul atau membunuh haiwan itu tanpa sebab adalah bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
“Anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ihsan dan dijaga kebajikannya. Bagaimanapun, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan,” jelasnya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut memberitahu, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis berat iaitu najis mughallazah.
“Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan Mazhab Syafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: