- Muhammad Taufiq (kiri) dipilih menerima Anugerah Saudara Baru Kita pada sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan.
TUMPAT – Guru al-Quran yang juga pengasas Pusat Tahfiz al-Quran dan Pengajian Ilmu Islam di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Abdullah Daud, 81, dinobatkan sebagai Tokoh Hijratul Rasul 1436H peringkat negeri Kelantan, malam kelmarin.
Sementara itu, guru di Sekolah Kebangsaan Bertam, Gua Musang, Muhammad Taufiq Abdullah, 35 yang juga seorang mualaf dipilih untuk menerima Anugerah Saudara Baru Kita.
Abdullah turut menerima hadiah wang tunai RM6,000 berserta sijil penghargaan manakala Muhammad Taufiq menerima RM3,000 serta sijil penghargaan, dan penyampaian anugerah disempurnakan Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Abdullah memaklumkan pemilihannya dinilai daripada kriteria ketua keluarga berjaya, tokoh berwibawa dan sumbangan besar kepada masyarakat kerana mendidik pelajarnya di sekolah pondok.
"Saya tidak bersekolah tinggi tetapi saya ajar anak mengaji al-Quran. Mengajar anak-anak mengaji al-Quran sejak kecil adalah satu amalan di rumah saya. Kerana itu anak-anak mudah patuh," katanya yang berasal dari Kampung Rahmat, Rantau Panjang.
Hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Che Rogayah Che Leh, Abdullah dikurniakan seramai 11 anak dan lima daripadanya dilahirkan di Makkah.
Abdullah menerima pendidikan awal di Pusat Pengajian Pondok Banggol Kulim, Rantau Panjang bermula 1945 sehingga 1953 dan sempat berguru dengan ulama terkenal, iaitu Tuan Guru Haji Omar Banggol Kulim pada 1962 sehingga 1982.
Setelah lapan tahun menuntut ilmu di tanah air, Abdullah berangkat ke Makkah pada 1953 untuk menuntut ilmu di Madrasah Tahfiz di sana selama hampir 20 tahun.
Lebih 2,000 hadir pada sambutan Hijratul Rasul peringkat negeri yang berlangsung di Masjid Al-Ismaili, bandar baru Pasir Pekan.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: