- Sebahagian daripada pelajar SM Imtiaz Besut yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran menerima sijil graduasi di Kompleks Imtiaz Besut
BUKIT KELUANG - Bilangan pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran meningkat kepada 68 orang tahun ini berbanding 62 tahun lalu.
Pengetuanya, Abdul Wahab Mohd Arshad berkata, penambahan 68 hafiz dan hafizah daripada keseluruhan 359 pelajar tahun ini telah menjadikan jumlah pelajar yang berjaya menghafaz kitab suci itu sebanyak 324 orang sejak lima tahun lepas.
Menurutnya, sejak program menghafaz al-Quran dimulakan pada 2009, 38 pelajar berjaya menghafaz al-Quran tahun itu diikuti 48 pada (2010), 53 (2011) dan 55 pada (2012).
“Kesemua pelajar yang berjaya menghafaz pada tahun ini terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Sijil Graduasi Hafazan Al-Quran sekolah tersebut yang disempurnakan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Omar Adam di Kompleks Kolej Imtiaz Besut di sini.
Dalam majlis itu, Mohamad Amin Asyraff Noor Zeli terpilih sebagai Anugerah Tokoh Hafazan Lelaki manakala Nurul Amniyah Azhar untuk kategori perempuan
Abdul Wahab berkata, semua pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran pada masa yang ditetapkan antara jam 7.40 hingga 9.40 pagi di bangunan surau sekolah kecuali pelajar tingkatan satu yang diadakan di kelas.
“Pemakanan sunnah menjadi amalan pihak sekolah untuk memastikan pelajar lebih mudah menghafaz apabila setiap hari pada waktu rehat jam 10.50 pagi, mereka disediakan makanan seperti madu, susu segar, anggur dan kismis selain pemakanan biasa,” katanya.
Menurut Abdul Wahab, pengambilan pelajar tingkatan satu untuk sesi baharu tahun depan akan meningkat kepada 150 orang berbanding hanya 90 orang tahun ini.
Menurutnya, pemohon yang disenarai pendek oleh Yayasan Terengganu (YT) untuk kemasukan ke sekolah ini pada tahun depan akan dipanggil temu duga di Kompleks Imtiaz di sini, sebelum diterima masuk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: