- Maznah memasukkan kerepek yang siap dibungkus ke dalam bakul sebelum menjualnya kepada pembeli di sekitar bandar Kuala Berang dan pekan Ajil.
KUALA POR - Biarpun usianya sudah menginjak warga emas, seorang moyang sembilan cicit, di sini, masih gigih mengusahakan kerepek pisang dan kerepek ubi bagi dijadikan sumber pendapatan untuk belanja hariannya.
Maznah Deraman, 65, yang mula mengusahakan kerepek secara kecil-kecilan untuk dijual sekitar bandar Kuala Berang dan Ajil sejak 2000 kini mampu tersenyum puas kerana sudah mempunyai pelanggan tetap.
Berkongsi cerita, warga emas yang turut mempunyai 17 cucu ini berkata, penglibatannya dalam industri kecil dan sederhana dalam bidang penghasilan kerepek bermula secara tidak langsung dan banyak dibantu serta disokong Jabatan Pertanian Daerah Hulu Terengganu.
Menurutnya, sejak bergelar ibu tunggal setelah suami meninggal akibat masalah kesihatan Disember tahun lalu, kerepek pisang dan kerepek ubi itulah yang menjadi sumber rezeki utamanya.
"Secara purata, seminggu saya boleh jual 60 bungkus dengan harga RM2 sebungkus, jadi dalam sebulan dapatlah sekitar RM400 hingga RM500.
"Dengan duit inilah saya gunakan untuk belanja harian, tapi ada kalanya ia meningkat jika ada tempahan bagi program tertentu," katanya kepada Sinar Harian.
Maznah berkata, pada awal berniaga, dia mengakui terpaksa 'tebalkan' muka menjaja kerepek sambil membimbit bakul, namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa.
"Rasa malu dah pun hilang, lagi pun saya jual kerepek untuk cari rezeki yang halal. Malah, sekarang ini ada pembeli yang panggil saya dahulu untuk beli kerepek apabila terserempak.
"Antara kerepek ubi yang dijual ialah pedas dan tawar, manakala pisang pula manis, tawar dan lemak,” katanya.
Bagaimanapun Maznah berkata, beberapa tahun belakangan ini bekalan pisang sukar diperoleh sehingga dia terpaksa berebut dengan pembeli lain di pasar pagi setiap Rabu dan Sabtu.
Katanya, dia perlu keluar rumah seawal mungkin supaya dapat sampai ke pasar berkenaan di Kuala Berang sekitar jam 6.30 pagi.
“Kalau lambat, memang saya akan pulang hampa kerana biasanya pisang akan habis dibeli sebelum jam 7 pagi lagi.
"Biasanya saya ke pasar naik van tambang dengan bayaran RM2 bagi perjalanan satu hala, tapi kadang-kadang saya suruh anak hantar,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, selagi kudratnya terdaya, dia tidak akan berhenti mengusahakan pembuatan kerepek kerana selain sebagai sumber pendapatan, sehariannya juga akan terasa janggal jika tidak melakukan pekerjaan itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: