KUALA LUMPUR: Penyanyi Tomok tidak berhasrat untuk melibatkan anak lelakinya Arrianshah Akid dalam bidang seni khususnya sebagai model kanak-kanak kerana dia masih kecil.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 30, berkata, biarpun sudah ada tawaran untuk anaknya yang kini berusia tiga tahun, namun dia mahu anaknya itu membesar dalam kehidupan seperti orang biasa.
"Saya dan isteri seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami kepada perkara berkaitan bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti mana kanak-kanak lain.
"Ada tawaran yang datang kepadanya tetapi kami tolak dengan cara baik dan mereka juga faham dengan keputusan kami," katanya kepada mStar Online.
Tomok ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Tomok: Aku Datangyang diadakan di Hard Rock Cafe di sini pada Isnin.

Tomok bersama barisan artis yang bakal menyertai Road Tour Aku Datang pada November ini iaitu RJ (paling kiri), SSK dan Radhi OAG (paling kanan).
Tambah Tomok, cukup sekadar dia dan isterinya, Rahayu Abbas (Ayu) berkongsi perkembangan anak mereka itu di laman sosial untuk tatapan peminat mereka.
Dalam pada itu, Tomok juga mengakui tidak sabar menantikan kehadiran anak kedua mereka yang dijangka dilahirkan pada Februari depan.
"Alhamdulillah isteri sekarang sedang mengandung lima bulan dan seperti Arrian, kehadiran anak kedua ini juga cukup dinanti-nantikan kami berdua," katanya.
Sementara itu bercakap mengenai album keduanya, Tomok menjelaskan, album berkenaan memaparkan kematangannya sebagai seorang penyanyi termasuk daripada segi pemilihan lagu.
Malah kata Tomok, dia cukup bertuah apabila syarikat rakamannya, Monkey Bone memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertindak sebagai penerbit album berkenaan dan menggunakan peluang tersebut untuk menghasilkan yang terbaik buat peminat.
"Bukan mudah bertindak sebagai penerbit kerana banyak perkara perlu diberi perhatian namun saya cukup puas menghasilkan album ini kerana ia menterjemahkan sisi matang saya sebagai penyanyi.
"Malah lagu-lagu dipilih adalah terbaik khas buat semua peminat saya," katanya.
Tambah Tomok, album berkenaan mengandungi tujuh buah lagu iaitu Cinta Tak Pergi, Padam, Aku Datang, Penipu, Maafkan Aku, Cintalah Aku Pula dan Hiasan Di Laman Rindu.
Dalam perkembangan sama, Tomok berkata, bagi mempromosikan album berkenaan, dia bakal mengadakan konsert jelajah iaitu Road Tour Aku Datang pada November ini.
"Menariknya mengenai konsert jelajah itu nanti saya turut mengundang rakan-rakan artis seperti Black Hanafiah, RJ, Radhi OAG dan SSK untuk bersama saya memeriahkan persembahan di lima lokasi terpilih," katanya.
Lima lokasi tersebut adalah di Hard Rock Cafe Melaka (9 November), Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (16 November), The Bed, Kota Kinabalu (18 November), Beyond 2000, Labuan (20 November) dan Paragon Superclub, Kuching (24 November).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: