- Mohd Ekhwan (tiga kiri) bersama peserta ekspedisi menunjukkan sarang lebah tualang yang diperolehi sepanjang\ ekspedisi Mencari Madu Tulang Jerteh yang dianjurkan Institut Agropolis Unisza dan Unisza B-Care.
HULU BESUT - Institut Agropolis Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dengan kerjasama Unisza B-(Bikers) Care menganjurkan program kembara bermotosikal mencari Madu Tualang Jerteh yang terkenal dengan pelbagai khasiat semula jadi.
Program yang berlangsung selama satu hari itu turut disertai penduduk dan 29 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Terengganu, Besut, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) Unisza, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, pelbagai aktiviti diadakan pada program itu antaranya taklimat mengenai madu lebah, demonstrasi mengambil madu tualang oleh pemanjat dan kaedah membela lebah tualang.
Menurutnya, pihak Agropolis Unisza ingin mengambil peluang mengenal lebah tualang secara lebih dekat dengan menganjurkan ekspedisi tersebut.
“Peserta tidak melepaskan peluang melihat sendiri bagaimana madu tualang diambil dari hutan walaupun mereka kepenatan kerana terpaksa berjalan kaki selama satu jam setengah meredah hutan di kawasan Hulu Besut,” katanya.
Mohd Ekhwan berkata, Agropolis Unisza berhasrat bekerjasama dengan pencari lebah madu tualang untuk mengkomersialkan madu berkenaan di bawah jenama 'Madu Tualang Jerteh' bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.
“Sebuah kawasan di Pasir Akar, Hulu Besut telah dikenal pasti bagi merealisasikan program ini di mana Agropolis Unisza menjadi hub kepada kajian saintifik lebah madu di negara ini," katanya.
Sementara itu, pemanjat dan pencari madu lebah tualang, Yunus Ismail, 30-an berkata, pada musim ini, bilangan sarang untuk setiap pokok boleh mencapai 30 hingga 60 sarang dan hasil pengumpulan madu boleh mencecah sehingga 20 kilogram bagi setiap satu sarang.
“Satu sarang boleh dituai madunya sehingga lima kali dalam masa tiga ke empat minggu dan pengambilan pula melalui beberapa proses antaranya mengasap, menaikkan dan menurunkan baldi untuk mengisi madu.
“Selain itu, khasiat yang terdapat dalam madu ini juga antara tarikan utama dan sering mendapat permintaan ramai. Malah, harga madu ini juga boleh mencecah sehingga RM80 sekilogram,” katanya.
Yunus sudah hampir 20 tahun berpengalaman mencari dan menuai madu tualang.
Program yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama AdunHulu Besut, Nawi Mohamad.
Peserta ekspedisi kemudiannya menyambung perjalanan ke Kampung Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan untuk meneruskan pencarian di sana.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: