Thursday, October 2, 2014

Bilionair mahu bina hospital ‘kapal layar’



LAKARAN hospital berbentuk kapal layar yang akan dibina oleh Klyukin. 

MOSCOW – Seorang bilionair Rusia merancang untuk membina sebuah hospital berbentuk seperti sebuah kapal layar, lapor akhbar MailOnline semalam.
Bilionair tersebut, Vasily Klyukin berkata, binaan yang dinamakan Hospital dan Spa White Sail itu kelak akan muncul sebagai hospital paling menarik di dunia.
Klyukin berkata, beliau mendapat ilham untuk mendirikan hospital unik selepas menjalani ujian kesihatan untuk menyertai program pelancongan ke angkasa lepas.
“Saya akan berlepas ke angkasa lepas tahun hadapan. Saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan.
Saya mahu membina hospital yang tidak menakutkan pesakit,” tambah Klyukin.
Hospital itu akan dibina di Bandar Raya Ekonomi Tunisia, Enfidha.
Projek tersebut disokong oleh firma Arab Saudi, Lalei Al Barakah Est dan akan dibina oleh firma kejuruteraan Thornton Tomasetti.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: