Tuesday, October 21, 2014

Aplikasi permesejan LINE untuk iPad


  • Aplikasi permesejan LINE untuk iPad

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular di Malaysia, di mana ia telah ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk peranti mudah-alih, selain klien desktop yang turut disediakan untuk penggunanya.

Kini, mereka menambah penawaran mereka, dengan melancarkan aplikasi iPad.

Menggunakan aplikasi LINE, pengguna boleh menggunakannya untuk menghantar dan menerima mesej pada skrin yang lebih besar, di samping ia turut 'sync' antara peranti sedia ada  sama ada telefon atau PC.

Apa pun, untuk menggunakan LINE pada iPad, pengguna terlebih dahulu perlu membuat akaun menggunakan telefon pintar mereka, dan seterusnya menghubungkan ia melalui iPad ini.

Beberapa fungsi seperti Sticker Shop, panggilan video dan juga panggilan audio masih tidak disokong buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: