Tuesday, October 21, 2014

Android 5.0 dikenali sebagai Lolipop


  • Android LolipopAndroid Lolipop

SETELAH pelbagai teka-teki, akhirnya Google secara rasmi memperkenalkan nama rasmi untuk Android 5.0, yang mana ia akan dikenali dengan nama Android Lolipop.

Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web.

Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.Android 5.0 Lolipop akan hadir terbina pada Nexus 9 dan Nexus 6, sementara Nexus 4, Nexus 5, Nexus 7 dan Nexus 10 akan menerimanya dalam beberapa minggu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: