SEORANG Menteri Indonesia, Linda Amalia Sari Gumelar kecewa dengan adegan cium antara artis Krisdayanti (KD) dan kekasihnya, Raul Lemos.
"Tayangan televisyen ITU bukan sahaja ditonton oleh orang dewasa malah kanak-kanak," katanya kepada kapanlagi.com, Isnin.
Menurut Linda, pihaknya selalu berbincang dengan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia untuk memastikan isi kandungan siaran menjaga tatasusila generasi muda.
Katanya, kandungan yang tidak baik akan menjejaskan tingkah laku penonton.
"Masyarakat kita menyokong satu kehidupan yang bermoral, berkarakter, bersopan-santun dan beretika," kata Linda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: