Saturday, July 17, 2010

Dana RM100 juta untuk koperasi


NAJIB menekan butang simbolik perasmian Hari Koperasi Negara 2010 di Padang MPK 2 di Kuantan semalam. Turut kelihatan Ismail Sabri (empat dari kiri), Adnan (kanan) dan Lian Hoe (kiri).


KUANTAN - Kerajaan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM100 juta kepada Tabung Modal Pusingan (TMP) agar koperasi di negara ini mendapat modal tambahan bagi memulakan dan meningkatkan aktiviti ekonomi masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebelum ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan dana di bawah TMP berjumlah RM387 juta sejak tabung itu ditubuhkan pada 1978.

"Sebagai sokongan kepada gerakan koperasi, kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM100 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2010 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini semalam.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad.

Pada majlis tersebut, Najib turut melancarkan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Mengulas mengenai dasar itu, Najib memberitahu, ia adalah kesinambungan kepada dasar semasa yang akan berakhir pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: