
DARWIN, Australia - Pasukan kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam berjaya melepasi ujian dinamik bagi Cabaran Solar Sedunia 2009 (WSC2009) di Litar Hidden Valley di sini.
Ini membolehkan kereta 'Solar Ranger 1' yang dibina universiti itu bersaing dengan lebih 20 kereta solar dari 15 negara lain termasuk penyandang juara, kereta solar Nuna5 dari Belanda.
Dengan catatan empat minit 22 saat, kejayaan melepasi ujian dinamik yang merangkumi ujian kelajuan, kestabilan dan berhenti mengejut cukup bermakna kepada pasukan UNITEN yang menghadapi cabaran getir sejak 48 jam lepas.
Kereta solar universiti itu mengalami kerosakan pada motor dan sistem jajaran termasuk bateri pecah sejak tiba di negara ini pada Rabu lepas, difahamkan berlaku ketika proses pemindahannya dari Sydney ke Darwin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: