Tuesday, October 27, 2009

Spears buktikan Jason kekasihnya


SPEARS dan Jason keluar dari restoran Little Door di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Britney Spears menamatkan spekulasi yang mendakwa dia sudah berpisah dengan teman lelakinya setelah mereka dilihat makan malam bersama di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Hubungan Spears dan pengurusnya, Jason Trawick yang bermula pada Ogos lalu didakwa sebelum ini sudah berakhir.

Ibu penyanyi itu, Lynne Spears, menyatakan Spears menganggap Jason sebagai lelaki idamannya dan kenyataan itu dibuktikan semasa mereka makan malam bersama.

Jason dilihat membuka pintu sejurus mereka meninggalkan restoran Little Door di sini sebelum dia menemani Spears memasuki sebuah kereta malam kelmarin.

Pada minggu lalu, pasangan itu bercuti di Mexico.

Spears pernah berkahwin pada 2004 dengan kekasih di zaman persekolahannya, Jason Alexander tetapi perkahwinan mereka hanya kekal selama dua hari sahaja.

Dia berkahwin buat kali kedua dengan penari latar Kevin Federline tetapi bercerai pada 2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: