Siti Nurdiana sudah sah bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan pelakon Faisal Yusop. Kini kehidupannya kembali sepertimana permulaannya menjadi anak seni apabila selalu ditemani ibu. Siti Nurdiana atau Nana tidak mahu memikirkan perkara negatif dalam hidupnya sebaliknya memikirkan masa depan dalam bidang seni. Apatah lagi dia masih memiliki kontrak rakaman dengan syarikat FMC. Ada perancangan baru untuknya. "Saya dan Faizal tidak bergaduh besar... cuma kami mungkin tidak serasi sebagai suami isteri. Sehingga kini kami masih berkawan. Dia ada menghubungi saya untuk mendengar suara anak kami. Dia juga datang jumpa anak apabila ada masa," kata Nana. Malah semasa berbual dengan saya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Utusan Karya Sdn. Bhd. baru-baru ini telefon bimbitnya berdering dengan panggilan Faizal yang mahu bercakap dengan anak mereka. "Kami akan ke mahkamah lagi untuk menentukan hak penjagaan anak," kata Nana lagi. Apabila berbual dengan Nana, dia turut bertanya kalau-kalau Faizal ada bercerita pasal mereka selepas bercerai. Wajahnya nampak gembira apabila mengetahui Faizal juga tidak menjaja masalah mereka. "Saya juga tak mahu bercerita pasal kesilapan sesiapa... saya anggap kami memang tak ada jodoh," sambung Nana. Tak serikkah untuk bercinta lagi? Nana tidak mahu memikirkan pasal lelaki baru selepas ini sebaliknya mahu meneruskan rutin kerjanya. Bukan kerana serik, tapi tidak mahu terburu-buru. "Kalau jumpa sesiapa selepas ini, saya tentu akan membuat keputusan dalam masa yang panjang untuk mengenali lebih dekat pasal mereka. "Saya tidak mahu mengulangi kesilapan pertama. Saya dan Faizal sebenarnya kurang berkomunikasi kerana masing-masing ada banyak kerja selepas berkahwin dulu," jelas Nana. |
Sunday, October 25, 2009
Siti Nurdiana tabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: