Tuesday, October 27, 2009

Simpan rahsia kematian ayah, ibu


IKMAL RIZAL yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu masih belum mengetahui ibu bapanya menjadi korban dalam nahas pada Jumaat lalu.



KERATAN Kosmo! Ahad lalu.


KUALA TERENGGANU - "Abang, betul ke mak dan ayah dah tak ada lagi? Betul ke abang?"

Itulah soalan yang menghantui Mohd. Syafiq Baharuden, 17, apabila adiknya Ikmal Rizal, 8, mula bertanya nasib ibu bapa mereka yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 123, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman Jumaat lalu.

Mohd. Shafiq selaku anak sulung keluarga itu dan kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjaga enam adiknya memilih untuk tidak menjawab soalan Ikmal.

Alasannya dia tidak mahu adiknya yang terlantar di katil Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kemalangan itu, bersedih dan terkejut dengan kehilangan empat ahli keluarga serentak.

Mohd. Syafiq sendiri tidak sanggup menjenguk lagi adiknya di hospital kerana takut diajukan soalan yang sama.

"Ikmal belum tahu kami semua sudah jadi yatim piatu.

"Saya terpaksa rahsiakan, biarlah dia pulih dulu," kata Mohd. Shafiq yang menangis ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: