Pertandingan Ratu Carefree itu nyata menjadi platform buat para gadis untuk menunjukkan sifat ceria dan keyakinan mereka kepada dunia.

KEBANYAKAN gadis remaja menginginkan keseronokan dan keceriaan. Namun begitu, tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada berasa tidak selesa sepanjang didatangi haid.
Memahami keperluan mereka, tuala wanita jenama Carefree menganjurkan peraduan Ratu Carefree untuk meraikan keyakinan gadis yang gemarkan keseronokan.
Bermula dengan siri jelajah di Kolej Universiti Segi, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang dilancarkan baru-baru ini, pertandingan itu memerlukan gadis-gadis yang berkeyakinan dan penuh tenaga mengekspresikan diri.

Mereka perlu memberikan pergerakan bertenaga tetapi pada masa yang sama, masih mengekalkan ciri-ciri feminin. Selain itu, para peserta juga perlu memberikan gaya dan diuji dengan aktiviti spontan yang mampu menyerlahkan daya tarikan terbaik diri masing-masing.
Mereka yang berminat boleh melayari www.carefreequeen.com. Dapatkan juga cadangan daripada 'bola kristal maya' mengenai kepelbagaian aksi yang boleh ditunjukkan untuk menggambarkan sifat ceria seseorang.
Tidak kira sama ada bergaya di pentas peragaan, menari tarian penuh gaya atau menunjukkan kehebatan pergerakan seni mempertahankan diri, para peserta hanya perlu merakamkan klip video diri mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Seterusnya, para peserta diminta memuat naik video mereka ke laman web perkongsian video Youtube dan memberikan alamat URL kepada penganjur pertandingan. Mereka juga perlu menghantar borang penyertaan dan bukti pembelian mana-mana produk Carefree.
Video tersebut kemudiannya akan diletakkan di laman web peraduan Ratu Carefree bagi membolehkan orang ramai mengundi gadis pilihan mereka.
Sebanyak 20 peserta teratas yang menerima jumlah undi tertinggi layak menyertai pusingan akhir. Kemudian, hanya 10 daripada 20 peserta popular itu akan dipilih untuk beradu daya tarikan masing-masing di Carefree Queen Final Showdown Party.

Gadis yang berjaya menawan hati panel juri akan dimahkotakan gelaran Ratu Carefree. Bukan itu sahaja, pemenang dan sembilan finalis lain juga akan membawa pulang pelbagai hadiah hebat. Hadiah-hadiahnya berupa wang tunai, barangan kemas dan lain-lain bernilai sehingga RM50,000.
"Jenama Carefree sentiasa komited untuk memberikan keselesaan dan kesegaran setiap hari kepada remaja. Kami percaya, setiap gadis harus menikmati kehidupan mereka dengan sepenuhnya tanpa perlu terlalu memikirkan tentang ketidakselesaan diri.
"Justeru, kami ingin meraikan kebebasan mereka untuk menikmati kehidupan seorang gadis yang sentiasa ceria dan yakin," kata Kevin Goldman, Pengurus Pemasaran Johnson & Johnson Sdn. Bhd.
Ulasnya, pertandingan Ratu Carefree memberi peluang kepada gadis untuk menunjukkan sifat ceria dan keyakinan mereka kepada dunia, di samping berseronok melakukan aktiviti kegemaran mereka.
"Kami mula menerima penyertaan video sejak pertandingan ini dilancarkan secara talian pada September lalu.
"Kami percaya, remaja yang melihat bakat peserta akan teruja dengan kreativiti yang ditampilkan sekali gus menggalakkan mereka untuk turut serta," kata Goldman.

![]() |
| |
Sejajar dengan kempen Carefree untuk berseronok, siri jelajah di Kolej Universiti Segi itu turut menyaksikan para gadis menyertai pelbagai permainan serta sesi bergambar bersama pengacara dan deejay radio Hot FM, Fara Fauzana.
Mereka yang bernasib baik juga memenangi pelbagai produk percuma dan hadiah menarik, termasuk produk terbaru Carefree iaitu Carefree® Acti-Fresh Healthy.
"Pertandingan Ratu Carefree ini memberi pendedahan berguna kepada semua gadis yang berbakat dan yakin dengan diri sendiri.
"Pertandingan ini juga dapat merealisasikan impian setiap gadis," kata pelajar program Diploma Kejururawatan, Kolej Universiti Segi, Farah Nur Hazreen Rosli, 18 yang turut menghantar penyertaan.
Sementara itu, menurut seorang lagi pelajar jurusan sama, Intan Noor Alfariza Abu Said, 18, dengan adanya pertandingan Ratu Carefree itu, para gadis dapat menonjolkan bakat masing-masing.
"Saya sendiri menghantar video nyanyian dan tarian kepada pihak Carefree. Ia secara tidak langsung dapat mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri para peserta," katanya dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan Ratu Carefree, masih tidak lewat untuk menghantar penyertaan anda.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober ini. Maklumat lanjut, sila layari www.carefreequeen.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: