
AMPANG - Gara-gara mempercayai kata-kata seorang wanita bahawa anaknya akan ditimpa malang, sakit dan kemudian mati, seorang warga emas kerugian RM18,000 apabila dia menyerahkan wang tunai dan barangan kemasnya untuk membuang sial.
Chong Kim, 68, memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 pagi 7 Oktober lalu ketika dia melalui Jalan Bunga Tanjung 8A, Taman Muda di sini untuk berjumpa rakan-rakannya.
Menceritakan semula kejadian itu, jelas mangsa, dia didatangi seorang wanita berusia 50-an dalam keadaan menangis yang bertanya di mana klinik yang terbaik untuk dia mengubat penyakit suaminya yang kurang siuman.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang lagi wanita berusia lewat 40-an yang memberitahu wanita malang tadi terdapat seorang tabib Cina terkenal yang boleh membantu merawat penyakit suaminya itu.
"Ketika itu, wanita yang kedua tadi beritahu anak saya akan ditimpa malapetaka dan mati.
"Dia janji akan bantu saya dan kemudian membuat panggilan telefon kepada seorang rakannya yang muncul tidak lama selepas itu. Wanita ketiga ini mendakwa datuknya seorang tabib terkenal dan boleh membantu melindungi kesejahteraan keluarga saya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, wanita tersebut memberitahu, jika hendak mengelak daripada malapetaka itu, dia perlu mengeluarkan semua harta benda miliknya untuk upacara sembahyang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: