Ahli-ahli Boyzone (kiri ke kanan) Keith Duffy, Ronan Keating, Mikey Graham dan Shane Lynch membacakan satu kenyataan untuk mengenang rakan mereka, Stephen Gately di lapangan terbang Son San Joan di Palma de Mallorca pada 16 Oktober 2009. RONAN Keating telah menangguhkan perancangannya untuk mempromosikan album solo terbarunya kerana ingin berkabung di atas kematian rakannya, Stephen Gately.
Ahli anggota Boyzone itu telah pergi ke Majorca, Sepanyol dengan anggota lain kumpulan tersebut setelah mendapat berita tentang kematian mengejut Gately, baru-baru ini.
Dia kemudiannya kembali ke Ireland mengiringi kumpulan yang membawa pulang mayat Gately untuk upacara pengebumian pada 17 Oktober lepas.
Keating kemudiannya bercadang untuk memberhentikan seketika aktiviti promosi albumnya sehinggalah dia bersedia untuk membuat kemunculan semula kelak.
Ronan Keating mengusung keranda arwah Stephen Gately selepas upacara pengebumiannya di gereja St Laurence O'Toole, Dublin, Ireland, pada 17 October 2009. Album Keating dijadualkan berada di pasaran pada 16 November depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: