Thursday, October 29, 2009

Rinka kahwin lelaki muda




BIARPUN sudah berusia 36 tahun, ini tidak bermakna model popular, Rinka, tidak boleh mendapat pasangan hidup yang lebih muda daripadanya.

Sebuah akhbar tabloid telah mendapat pengesahan Rinka bahawa dia akan berkahwin dengan jejaka kacak yang berusia 30 tahun.

Tidak merasakan mengahwini lelaki muda menjadi satu masalah besar, model itu melihat pertemuan dengan lelaki itu sejak lapan tahun lalu adalah jodoh untuknya.

"Rasa seronok kerana akhirnya saya dapat mengahwini lelaki yang saya cintai. Usia tidak penting bagi saya.

"Kami sangat bersefahaman dan boleh hidup bersama ketika susah dan senang," katanya.

Pada tahun 2007, mereka putus hubungan dalam masa yang agak lama kerana dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, mereka kembali bersama dan dikatakan telah berjumpa keluarga masing-masing untuk mendapat restu dan membuat perbincangan mengenai majlis perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: