SYDNEY - Ribuan penduduk Australia bersarapan pagi di Jambatan Pelabuhan Sydney semalam yang diubah suai menjadi sebuah dataran berumput.
Lebih 6,000 orang yang dipilih melalui undian cabutan bertuah yang diadakan baru-baru ini berkelah di jambatan itu pada waktu pagi.
"Menakjubkan apabila jambatan ini menjadi sebuah kawasan perkelahan. Pada kebiasaannya kami menaiki kereta dan menyeberangi jambatan," kata seorang penduduk, Don Fuchs.
Peserta-peserta membawa bersama bungkusan buah-buahan dan makanan ringan manakala pihak penganjur menyumbangkan roti bakar, jem, epal dan yogurt.
Seorang pemain piano menghiburkan orang ramai dengan mempersembahkan pelbagai muzik dan sekumpulan lembu dibiar meragut rumput bagi memberikan suasana seperti desa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: