
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, enam kali sebatan dan denda sebanyak RM16,500 ke atas Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' atas lima kesalahan berkaitan ajaran sesat.
Bagi memastikan dia benar-benar insaf sebelum kembali ke dalam masyarakat, mahkamah yang sama turut mengarahkan Abdul Kahar, 59, dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu dekat sini pada enam bulan terakhir hukuman penjara.
![]() |
| Abdul Kahar |
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad berkata, Abdul Kahar telah melakukan kesalahan berat dan melampau serta menghina agama dan pemerintah sebagai ketua agama Islam di negara ini.
![]() |
| Abu Zaky |
Sewaktu membawa penghakiman setebal 55 muka surat selama hampir dua jam bermula pukul 11.15 pagi itu, Abu Zaky juga menegaskan bahawa kesalahan bekas pekerja Zoo Negara itu menjerumuskan masyarakat dalam ajaran yang bertentangan dengan Islam.
"Pada umur 59 tahun, dia (tertuduh) sepatutnya berfikiran waras dan menunjukkan kematangan sebagai orang dewasa.
"Walaupun jahil tidak sepatutnya tertuduh sewenang-wenangnya membawa pengajaran yang salah,'' tegasnya.
Mengenai pengakuan Abdul Kahar bahawa dia sudah bertaubat, hakim itu berpendapat tertuduh insaf bukan atas kerelaan sendiri tetapi selepas dia ditangkap.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: