Sunday, October 25, 2009

Petani jual isteri langsai hutang


SEORANG petani mengangkat jut kering di negeri Assam baru-baru ini.


KEMARAU, hutang dan desakan hidup menyebabkan sejumlah petani di sini terpaksa menjual isteri masing-masing, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemarau berlarutan selama beberapa tahun di kawasan yang terletak dalam negeri Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh, utara India itu memaksa ramai petani meminjam wang daripada 'ceti halal' yang digelar Paisawalla.

Petani-petani itu dikenakan bunga terlalu tinggi sehingga menyebabkan mereka terpaksa menjual semua harta termasuk anak gadis dan isteri masing-masing untuk melangsaikan hutang.

Malah ada petani itu terpaksa menjadi hamba berhutang dan bekerja di rumah Paisawalla tanpa gaji seumur hidup mereka.

"Insiden seperti itu berlaku apabila seseorang meminjam wang daripada Paisawalla," kata seorang wanita yang dijual oleh suaminya.

Selama 30 hari, dia menjadi hamba seks lelaki itu dan hanya dibebaskan selepas membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: