Tuesday, October 27, 2009

Nanu Profesional

"Rasanya saya tak perlu nak minta pandangan bagaimana untuk memegang watak Qistina kerana mereka junior saya. Dan saya boleh bawa watak itu mengikut acuan sendiri.


"Saya tahu orang akan bandingkan antara Qistina dulu dan sekarang, namun saya harapkan peminat akan menerima Spa Q mengikut cara Nanu dan saya minta maaf awal-awal jika ada yang tidak dapat menerimanya," akui Nanu apabila diberikan kepercayaan memegang watak Qistina dalam musim terbaru Spa Qistina.

Baginya tiada istilah merampas watak ini daripada Norish Karman kerana Nanu akan berlakon dalam musim terbaru dan tawaran itu datang daripada pihak produksi tanpa sebarang campur tangannya.

"Memang saya agak tertekan jika dituduh merampas. Saya juga tidak tahu siapa yang akan berlakon, namun saya menerimanya berdasarkan skrip yang agak mencabar dan menarik dengan konflik-konflik yang bakal timbul.

"Selain itu, saya sendiri sukakan spa kerana ianya begitu dekat dengan diri saya. Sebagai artis, penampilan diri harus dijaga dan ianya dapat ditonjolkan melalui drama bersiri ini," ujar ibu kepada dua orang anak ini.

Bosan Berambut Panjang

Berambut pendek bukanlah penampilan khas untuk watak Qistina semata-mata, namun menurut Nanu, dirinya sudah bosan setelah hampir 10 tahun berambut panjang.

"Saya penat nak jaga rambut panjang sebab setiap hari dua kali saya akan ke salon untuk blow rambut. Saya tak pandai sangat kerja begitu so lebih baik saya potong terus rambut," ujar Nanu mengakui dirinya suka mencuba perkara yang pelik pada pandangan individu lain.

Nanu menjelaskan walaupun watak Qistina sebelum ini berambut panjang dan apabila dirinya bakal menerajui watak tersebut dengan imej berambut pendek, namun baginya bukan rambut yang ingin dilihat penonton. Kualiti lakonan yang harus ditonjolkan untuk menghidupkan watak. Yang pastinya, pihak produksi tidak pernah mengeluarkan permintaan untuknya memakai rambut palsu untuk cerita tersebut.

Nanu Demand?

"Bukan saya demand, tapi kalau watak tak kena dan jalan cerita tak logik, ada sebab saya tolak tawaran. Sebagai contoh, tak kanlah dalam cerita tersebut, saya memegang watak emak kepada seorang lelaki yang berusia 30 tahun sedangkan saya sendiri sudah berusia 40 tahun," ujarnya tegas.

Ketika disoal bagaimana penerimaannya dirinya kerana seperti yang diketahui umum, Spa Q memerlukan setiap wataknya bersolek tebal.

Saya faham karakter Qistina perlukan solekan yang tebal, namun saya mengharapkan sesuatu yang logik. Janganlah adegan tidur atau sembahyang juga perlukan saya bersolek dan memakai bulu mata palsu," ujarnya yang mengakui lebih selesa bersendirian buat masa ini.

Spa Qistina juga bakal diserikan dengan kehadiran Fasha Sandha, Nora Danish, Jasmin Hamid, Adiputra dan Azizah Mahzan. Juga nantikan kemunculan istimewa Hujan dalam drama bersiri 13 episod terbitan Global Station Sdn Bhd. Rina Khan bertanggungjawab sebagai penulis skrip bagi drama bersiri yang akan bersiaran di Astro ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: