Tuesday, October 27, 2009

Menangi beg jenama mewah




DENGAN hanya memohon Pembiayaan Peribadi-i, pelanggan Bank Islam berpeluang mendapat ganjaran beg tangan berjenama bernilai RM5,000, pakej umrah atau percutian hebat bernilai RM6,000.

Beg tangan berjenama seperti Coach, Chloe, Salvatore Ferragamo dan Jimmy Choo itu bakal menjadi milik pelanggan wanita bertuah sempena kempen terbaru Bank Islam iaitu Extra Bag'Anza sehingga 30 Jun 2010.

Sementara itu, bagi pemohon lelaki pula, pakej umrah atau percutian hebat menanti anda.

Menurut Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin, kempen tersebut adalah tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan Bank Islam.

''Kempen ini juga sebenarnya adalah untuk menghargai para pelanggan kami yang berkerjaya memandangkan situasi ekonomi negara hari ini berada dalam proses pemulihan.

''Ini juga menandakan bahawa pelanggan sentiasa didahulukan selain menghargai pelanggan wanita yang sentiasa menjadi nadi di dalam sebuah keluarga,'' katanya di dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah beliau, untuk kempen tersebut, tiada slogan diperlukan dan ia sungguh mudah untuk memenanginya

Para pelanggan hanya perlu membuat permohonan Pembiayaan Peribadi-i sebanyak RM30,000 dan ke atas di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Sebanyak 20 buah beg tangan, pakej umrah atau percutian hebat akan dihadiahkan kepada pelanggan bertuah setiap tiga bulan.

Khairul menambah, pihaknya menggalakkan semua pelanggan Bank Islam terutama wanita untuk mengambil kesempatan tersebut memandangkan kadar pembiayaan yang rendah iaitu serendah 4.1 peratus setahun, permohonan mudah serta tempoh pembiayaan yang fleksibel.

Bagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.bankislam.com.my atau bagi mereka yang berminat, anda boleh memohon dengan layari laman web www.bankislam.com.my/applyonline atau sms ke BIPFNo. KPNamaLokasi cawangan pilihan dan hantarkan ke 32728 (DAPAT). Contoh: BIPF 700101068889 Amir Anuar Sg. Petani.

Jangan berlengah lagi! Mohonlah hari ini atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran anda!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: