Friday, October 2, 2009

Lebam kerana bergusti


DREW BARRYMORE


TERLALU menghayati watak agaknya, Drew Barrymore mengalami lebam yang teruk pada kaki ketika mengadakan latihan bersama pelakon, Racer McChaster bagi filem Whip It.

“Waktu itu kami sedang bergusti dan berguling di atas trek dengan memakai kasut peluncur sebelum kami terjatuh. Kaki saya terpaksa menahan berat saya dan Racer yang terhempap di atas saya. Saya mengalami lebam di kaki yang sangat teruk.

“Bagaimanapun kejadian ini sebenarnya adalah menyeronokkan,” beritahu Drew kepada Contactmusic.

Bagaimanapun aktres berusia 34 tahun itu tidak kisah dengan kejadian tersebut kerana ia bukanlah satu perbuatan yang disengajakan.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar cara untuk mengimbangi badan saya ketika sedang meluncur. Ia merupakan satu permainan yang sangat mencabar,” tambah Drew.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: