![]() |
| NORAZAMI keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas dia dan keluarganya disabitkan bersalah kerana gagal mematuhi Akta Syarikat 1965. |
![]() |
| KERATAN \Kosmo!\ 16 Jun. |
KUALA LUMPUR - Ahli keluarga Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Norazami Ahmad Ghazali termasuk isteri, ibu dan abangnya didenda RM105,600 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah disabitkan bersalah terhadap 143 pertuduhan gagal mematuhi kehendak-kehendak di bawah Akta Syarikat 1965.
Hakim Rozana Ali Yusoff ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Selain Norazami, turut didenda ialah isterinya, Sarina Mansor, 38, ibunya, Saliah Ramli, 61, dan abangnya, Nordin.
Kesemua tertuduh merupakan pengarah syarikat PKPM Services Berhad.
Empat sekeluarga itu didenda setelah mereka disabitkan bersalah di bawah tiga seksyen berlainan iaitu Seksyen 143 (1), Seksyen 165 (4) dan Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965.
Norazami, 41, didenda RM72,100, Sarina didenda RM14,500, Saliah didenda RM2,800, Nordin didenda RM4,800 dan syarikat mereka pula turut didenda RM11,400.
Dalam penghakiman ringkas yang dibacakan, Rozana berkata, semua tertuduh selaku pengarah syarikat bertanggungjawab terhadap kesalahan tersebut namun Norazami merupakan penentu atau bertindak sebagai pemain utama dari awal lagi.
Pada 13 Oktober 2005, mereka sebagai pengarah syarikat PKPM Services iaitu sebuah syarikat awam terhad yang diperbadankan pada 8 Mei 2003 didakwa gagal mematuhi kehendak-kehendak di bawah Akta Syarikat 1965.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: