DURBAN - Malang tidak berbau!. Pepatah itu terjadi pada seorang lelaki selepas kereta Volkswagen Polo yang baru dibelinya tiba-tiba terbenam dalam air semasa melalui sebatang jalan raya di sini, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemilik kereta tersebut yang sempat menyelamatkan diri, cuma mampu berputih mata melihat kenderaan itu tenggelam akibat tanah jerlus.
Kereta tersebut kemudian ditarik keluar dari lubang besar itu oleh sebuah trak tunda pada minggu lalu.
"Kereta itu hampir tenggelam sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya pengelap cermin kenderaan itu masih berfungsi ketika kami tiba di lokasi kejadian," kata seorang jurucakap pasukan kecemasan.
Selepas siasatan dilakukan, tanah jerlus itu didapati berlaku akibat saluran paip bawah tanah yang pecah dan melemahkan struktur jalan raya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: