Wednesday, October 28, 2009

Ibu sakit jiwa dipenjara 10 tahun - Bunuh bayi sendiri dengan tekup muka guna bantal


BAHASNIZA diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh bayi sendiri di Kota Bharu.



KERATAN Kosmo! 8 Julai 2007.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang ibu beranak enam selepas dia didapati bersalah menyebabkan kematian bayinya yang berusia 10 bulan dua tahun lalu.

Bahasniza Abu Bakar, 36, sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayinya, Asyhraf Noor Aswasi dengan cara menutup mulut anak bongsunya itu yang sedang menangis dengan bantal sehingga tidak bernyawa.

Tertuduh selepas itu mencampakkan mayat bayinya ke dalam tali air berdekatan rumahnya sebelum membuat laporan polis mendakwa mangsa hilang tanpa disedari.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Kampung Kubang Berulat, Gunung, Bachok antara pukul 12.30 tengah malam hingga 3 pagi 7 Julai 2007.

Bahasniza dituduh membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Hakim Datuk Mohd. Azman Hussin mengarahkan hukuman penjara ke atas Bahasniza berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada hari kejadian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: