Sunday, October 25, 2009

Farah Asyikin bohong?


FARAH ASYIKIN


TEMAN Diva yang menulis tentang penyanyi Farah Asyikin dan kekasih barunya mendapat e-mel daripada seorang pembaca. Pembaca tersebut mendakwa kekasih Farah, warga Singapura yang berusia 35 tahun itu, masih suami orang ketika mereka bercuti bersama di Macau dan Hong Kong pada awal Oktober lalu.

Begini isi kandungan e-mel tersebut.

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda berani memaparkan cerita Farah Asyikin bercuti dengan suami orang. Lelaki itu sememangnya bukan duda tapi masih ada isteri.

"Farah Asyikin ada surat cerai mereka ke untuk membuktikan status sebenar perkahwinan mereka?

"Saya kesal Farah sanggup membohongi pihak media dan juga masyarakat demi menutupi keburukannya sendiri. Lelaki yang Farah mengaku kekasihnya itu hakikatnya masih suami orang ketika dia bercuti di Macau, Hong Kong dan China.

"Dalam satu artikel Kosmo!, Sabtu minggu lalu, Farah menyatakan jejaka tersebut hanya mengambil dia di Macau dan kemudian Farah telah ke Hong Kong dan China bersendirian. Malangnya salah satu foto di Facebook Farah menunjukkan mereka berdua sebenarnya berada di Hong Kong.

"Untuk kesahihan status lelaki itu juga, mengapa tidak rujuk saja kepada pihak berkuasa agama Singapura?"

Hai, Diva tak tahu nak kata siapa betul sekarang. Tapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: