![]() Diana terpaksa tarik diri. Akhirnya watak Natrah jatuh ke tangan Maya Karin. Antara alasan yang diuar-uarkan ialah pelakon remaja itu mengambil keputusan menolak kerana tidak setuju dengan bayaran yang ditawarkan. Demanding pulak ke Diana sekarang ni? Che Lie ada jumpa Diana semasa dia hadir ke open house Aidilfitri Kumpulan Utusan baru-baru ini. Sempat juga Che Lie sembang dengan Diana pasal Natrah. Katanya pada masa itu latihan belum dimulakan, malah kontrak pun belum ditandatangani lagi. Che Lie tanya... pasal bayaran ke? Ini jawapan Diana: "Bukan soal bayaran... Diana bukan pentingkan bayaran sebab Diana memang nak terlibat dalam teater Natrah kerana ia sesuatu yang besar ertinya kepada kerjaya Diana." Tapi akhirnya Diana terpaksa menolak dan antara alasan yang dinyatakan ialah kerana tidak berkenan dengan bayaran. Macam mana tu? Pasti ada kisah di sebaliknya. Che Lie terdengar juga dari satu sumber bahawa pihak yang menguruskan Diana terpaksa menolak tawaran kerana bayaran yang ditawarkan semasa mahu menandatangani kontrak tidak sama dengar jumlah yang dinyatakan secara lisan sebelum itu. Oh! Macam itu ke? Kalau macam itu kisahnya tak bolehlah nak salahkan Diana. Kan ada pepatah mengatakan manusia berpegang pada janji. |
Saturday, October 24, 2009
Diana demanding atau teraniaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: