Friday, October 2, 2009

Berlian RM66.41j ditemui


GAMBAR menunjukkan berlian yang berharga RM66.41 juta.


PRETORIA - Seorang bos syarikat perlombongan, Johan Dippenaar menunjukkan salah satu berlian yang paling bercahaya di dunia dan nilainya dianggarkan kira-kira £12 juta (RM66.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Berlian itu ditemui dalam sebuah lombong dekat Pretoria, Afrika Selatan yang dimiliki oleh sebuah syarikat Britain.Dippenaar yang merupakan ketua pegawai eksekutif Petra menganggap penemuan itu sebagai penting dalam industri perlombongan.Sebelum ini, pada 1905, satu berlian seberat setengah kilogram ditemui di kawasan lombong yang sama dengan penemuan baru itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: