Sunday, October 25, 2009

'Adik nampak mak, ayah terbakar'


MOHD. SYAFIQ (kanan) menenangkan adiknya Mohd. Sufian
(tengah) dan Mohd. Suhaimi ketika melihat gambar keluarga
di rumah mereka di Kampung Kesom.


KUALA TERENGGANU - "Ekmal nampak mak dengan ayah terbakar tapi dia tak boleh buat apa-apa sebab dia sangat lemah masa itu."

Itu cerita Mohd. Syafiq Baharuddin, 17, anak sulung kepada pasangan Baharuddin Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, mengenai pengalaman adiknya, Ekmal Rizal, 8, melihat ibu bapanya maut dalam kemalangan di kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor kelmarin.

Kejadian pukul 7.20 malam itu berlaku ketika pasangan itu bersama ibu Baharuddin, Esah Ibrahim, 76, dan empat anak mereka iaitu Mohd. Nor Firdaus, 2, Aishah Nabila, 10, Aishah Natasya, 4, Aidil Shahidan, 12 dan Ekmal Rizal dalam perjalanan ke Cheneh, Kemaman untuk menghadiri kenduri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: