![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah membatalkan lesen beberapa syarikat pengurupan wang yang dikeluarkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1988 bagi pengurup wang.
Syarikat yang terlibat ialah Al Moulana Traders Sdn. Bhd., M.M. J. Exchange Sdn. Bhd., Salamath Ali Money Changer Sdn. Bhd., BTC Enterprise Sdn. Bhd., De Laville Sdn. Bhd., Flexi One Sdn. Bhd., Gemilang Iris Sdn. Bhd.
Ia turut membabitkan Hawaii Hotel Sdn. Bhd., Ideal Stamina Sdn. Bhd., Intra-Artni Sdn. Bhd., Kawalan Vila Sdn. Bhd., Panca Suci Sdn. Bhd., Pengurup Wang Tiram Sdn. Bhd., Pua Say Bee Trading Sdn. Bhd.
Di samping itu, Sri Panju Sdn. Bhd., SS International Capital Ventures (M) Sdn. Bhd., Sunrise Aim Sdn. Bhd., Tanjung Intelek Sdn. Bhd., THR Hotel (Penang) Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Pernas OUE (Penang) Sdn. Bhd.) dan Towards Century Sdn. Bhd.
BNM dalam kenyataannya semalam, menasihati orang ramai agar tidak menjalankan urus niaga penukaran wang dengan syarikat-syarikat tersebut kerana ia tidak lagi mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut di Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: