PETALING JAYA: Penyanyi Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya.
Farhan, 30, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 700 orang tetamu.
Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari sama.
Kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu, persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus selesai dan hanya tinggal beberapa perkara seperti menyiapkan hadiah buat tetamu yang hadir masih belum siap.

"Tinggal beberapa hari saja lagi, berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi.
"Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," katanya ketika mengedarkan kad jemputan kahwin di pejabat mStar Online di sini pada Selasa.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
Ahmad Rashadan, 30, adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.
Pada majlis tersebut Farhan dan tunangnya itu bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: