Sunday, October 12, 2014

Cipta rekod dunia jalan mengundur


PARA peserta Imagine Retrowalk bersiap sedia untuk berjalan kaki secara mengundur sejauh satu kilometer di Tebingan Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING – Malaysia mencipta nama dalam The Guinness Book of Records melalui acara jalan kaki secara mengundur teramai sejauh satu kilometer selepas menghimpunkan lebih 1,918 orang peserta menerusi program Imagine Retrowalk di Tebi­ngan Kuching di sini semalam.
Pengerusi pengelolanya, Winnie Lim memberitahu, mereka berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dicatat oleh Jerman dengan peserta seramai 1,509 orang pada 23 Ogos lalu.
“Jumlah 1,918 peserta itu merupakan senarai yang direkodkan pada malam semalam (kelmarin). Kami optimis akan ada lebih 2,200 peserta keseluruhan menyertai acara hari ini (semalam) memandangkan penyertaan dibuka sehingga pagi tadi (semalam).
“Pengesahan rasmi oleh The Guinness Book of Records akan mengambil sedikit masa kerana mereka perlu menerima laporan lengkap daripada para panel penilai. Namun, kami percaya program ini
telah mencapai sasaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program itu di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: