Wednesday, August 22, 2012

Selera rumah terbuka

HARI raya akhirnya tiba. rendang tok, ketupat palas, lemang, sate, sambal kacang, dodol dan lontong, antara juadah yang bakal menjadi buruan di setiap rumah terbuka.

Kenapa perlu membasahkan baju raya baru yang indah dipakai pada hari raya dengan beraksi di dapur menyediakan semua itu, sedangkan kini pelbagai promosi rumah terbuka sudah tersedia.

Sama ada mengadakan majlis rumah terbuka di restoran atau dewan hotel, terdapat juga yang menawarkan perkhidmatan ke rumah lengkap dengan pelayan, dekorasi raya, sistem PA malah pengacara majlis bagi memeriahkan suasana.

Berikut beberapa restoran dan hotel yang ada menyediakan perkhidmatan majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: