Thursday, August 30, 2012

Eksklusif Blackberry Porsche


HASIL kerjasama Porsche Design dengan RIM maka lahirlah Blackberry Porsche yang serba mewah.


DIREKA khas oleh Porsche Design dengan kerjasama RIM, telefon pintar jenama mewah pertama ini pasti menjadi dambaan golongan pencinta gajet eksklusif.

Menampilkan ciri-ciri teknologi kejuruteraan mewah dengan prestasi terunggul, model premium Blackberry Porsche Design P'9981 ini mampu memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya dalam aktiviti komunikasi mobiliti.

Selain itu, bahan-bahan eksklusif digunakan untuk peranti unik ini termasuklah rangka keluli tahan karat yang ditempa, sarung belakang kulit, papan kekunci fizikal QWERTY dan paparan sentuhan jelas kristal.

Tidak ketinggalan, peranti mewah ini didatangkan dengan Porsche Design UI eksklusif dan Wikitude World Browser bagi memperkukuhkan pengalaman capaian aplikasi realiti. Ia turut merangkumi premium, PIN eksklusif yang dengan mudah membantu mengenal pasti pengguna telefon pintar Blackberry P'9981 yang lain.

Sentuhan fungsi teknikal pintar dan berkuasa seperti penggunaan pacuan pemproses 1.2 GHz mampu menawarkan kelancaran ekstrem sama ada ketika melayari internet, memuat naik atau memuat turun sesuatu fail.

Model ini juga dilengkapi dengan kamera bersaiz lima megapiksel dengan kelancaran rakaman foto di samping berupaya merekod dan memainkan semula video definisi tinggi (HD) beresolusi 720p.

Melayari internet turut menjadi lebih mudah dan ringkas kerana BlackBerry Porsche P'9981 menyokong sambungan 3G dan wayarles Wi-Fi.

Dalam aspek inovasi perkakasan pula, telefon pintar tersebut dilengkapi teknologi Near Field Communication (NFC) untuk fungsi sambungan atau penghantaran fail kepada telefon lain hanya melalui sentuhan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: