Wednesday, August 22, 2012

Kisah raya selebriti remaja

SETIAP kali menjelang lebaran, pasti ada kenangan yang tidak boleh kita lupakan. Ada yang mencuit hati, ada yang hiba, malah ada juga cerita yang agak sukar dipercayai namun ia berlaku.

Baru-baru ini, .com sempat bertemu janji dengan empat selebriti remaja untuk berkongsi kisah raya mereka.

Setiap mereka punya cerita yang sama, iaitu kenangan hari raya walaupun lapangan kerjaya mereka berbeza-beza.

Berikut antara bingkisan kisah yang sempat .com coretkan untuk bacaan pembaca .com.

Pertama kali beraya tanpa nenek

RAYA mungkin tidak semeriah dulu, lebih-lebih lagi pemergian nenek yang sangat dikasihi pada tahun ini.

Itulah luahan pertama yang diucapkan, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, 21, apabila diajukan soalan mengenai kenangan hari raya bagi dirinya.

Mungkin ramai yang tidak tahu di sebalik kecekalan dan perjuangan pelumba motosikal negara ini dia merupakan seorang cucu yang begitu rapat dengan neneknya.

“Boleh dikatakan bahawa saya ini anak nenek, sebab saya dijaga oleh nenek sejak dari kecil dan tinggal juga dengannya di kampung saya di Banting.

“Tahun ini, keadaan raya mungkin tidak sama macam dahulu, kerana nenek sudah tiada.

“Dia merupakan orang yang paling tua dan paling dihormati oleh semua ahli keluarga, jadi semua akan berkumpul dan meraikannya dengan meriah bersama-sama.

“Apabila dia sudah tiada, mungkin suasana itu tidak akan sama dan saya amat rindukan nenek saya," katanya.

Beliau yang juga pelumba Moto3 ditemui ketika pulang bercuti baru-baru ini di Sepang, turut berkongsi kemeriahan raya ketika zaman kanak-kanaknya.

Seperti kanak-kanak lain, Fahmi juga bermain bunga api dan mercun. Kadang-kala dia turut bermain meriam buluh walaupun tahu ia adalah salah di sisi undang-undang.

“Dahulu saya sering juga bermain permainan ini, tetapi kini tidak lagi. Kadang-kadang masih terasa rindu untuk melakukannya lagi.

“Remaja zaman sekarang tidak merasai suasana seperti itu terutama di bandar, mungkin berbeza di kampung kerana permainan seperti meriam buluh, mercun dan pelita masih lagi dipraktikkan ketika menyambut hari raya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: