MEMANG tidak dinafikan ramai juga di kalangan sahabat penulis yang berjaya menurunkan berat badan namun naik mendadak setelah berhenti mengambil produk kurus sebelum itu.
Tempoh kurus sementara itu memang menggembirakan namun tanpa kawalan minda serta pengekalan berat badan yang salah, kesannya mungkin akan lebih memudaratkan. Antaranya ialah tubuh akan kembali naik secara mendadak ataupun naik berganda.
Pengasas Annabella House of Therapy, Shamshilawati Abdul Rahman berkata, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik dan memahami terlebih dahulu kandungan produk atau program pelangsingan yang diambil.
Tambahnya proses penurunan berat badan bukanlah semata-mata mengurangkan makan sahaja, sebaliknya melibatkan beberapa faktor.
"Penting untuk seseorang yang ingin menurunkan berat badan mengenalpasti faktor seperti keturunan, penyakit, trauma lampau, jenis darah dan kemungkinan mengalami masalah hormon.
"Kalau berpunca dari hormon, sebaiknya selesaikan dulu masalah hormon dengan berjumpa doktor pakar. Penurunan berat badan yang mendadak selepas mengambil sesuatu produk pula dikhuatiri mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan.
"Ada pula yang berfikir dengan berpuasa mereka menjadi kurus, tetapi sebenarnya pengambilan kalori yang betul adalah faktor penurunan berat badan," jelas Shamshilawati yang ditemui di pusat terapinya yang terletak di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Perlu difahami juga, pembakaran lemak berlaku jika tubuh memerlukan tenaga daripada makanan yang kita makan tetapi ia telah habis digunakan.
Ketika inilah lemak tubuh akan dibawa masuk ke dalam sel-sel otot untuk diubah menjadi tenaga pula.
Shamshilawati berkata, faktor stres dan hipertensi turut merupakan salah satu punca mengapa hormon seseorang tidak stabil dan mengalami kegemukan.
"Apabila stres, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan kortisol, iaitu salah satu hormon yang keluar untuk mengelakkan stres menjadi kronik. Kortisol yang keluar berlebihan pula akan tersimpan sebagai lemak.
"Lemak ini terkumpul di bahagian hati, jadi amat penting untuk menjaga emosi (hati) supaya sentiasa tenang dan terkawal agar pengumpulan lemak tidak berlaku.
"Salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan secara sihat, selamat dan berpanjangan ialah dengan memprogramkan minda. Adalah disarankan untuk mendapatkan bantuan terapi minda kerana selain untuk mendapatkan kawalan emosi yang baik, saranan-saranan yang positif melalui sesi terapi minda juga sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan," kata Shamshilawati.
Tambah beliau, pelanggan yang mendapatkan khidmatnya menggunakan kaedah terapi minda untuk menurunkan berat badan mendapati kesannya sangat menakjubkan.
Mereka mendapati selain lebih positif beberapa faktor yang menjadi punca kegemukan sebelumnya juga dapat di atasi dengan baik.
Setelah minda diprogram menerusi saranan-saranan positif mengikut keinginan klien, sokongan pemakanan tambahan yang betul juga memastikan keberkesanan proses penurunan berat badan.
Sokongan pemakanan tambahan seperti produk Annabella Slim & Trim yang merupakan minuman berserat kaya dengan vitamin, kolagen, mineral dan anti oksidan membantu untuk pengurusan berat badan yang lebih berkesan dan selamat.
Selain itu, Aromatic Body Bio-Spa yang merupakan garam mandian terapi juga membantu melegakan stress dan proses penurunan berat badan. Menariknya, produk Annabella ini diproses dengan menggunakan formulasi metodologi empat elemen serta herba-herba terpilih iaitu tanah, air, api dan angin.
"Maklumat lanjut tentang rundingan terapi minda untuk menurunkan berat badan boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.annabella.com.my atau hubungi 017-2392370.
"Lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada 'anak angkat' Annabella House of Therapy iaitu Maahad Tahfiz At-Taufiqiyyah yang masih dalam pembinaan," jelas Shamshilawati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: